Thursday, November 26, 2015


Alhamdulillah....segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT.

Untuk makluman, proses pembangunan Surau al-Ukhuwah kini berada pada peringkat ke-7 berdasar kepada Carta Aliran Pembangunan. Dalam masa yang sama, pihak Jawatankuasa sedang giat berusaha bagi mendapatkan sumbangan wakaf bagi pembangunan surau ini.

Penyediaan pelan oleh jawatankuasa sekadar gambaran kasar bangunan yang boleh dilihat disini dan juga gambarajah bangunan surau disini. Maka pihak Jawatankuasa perlu mengemukakan detail pelan kepada Unit Pembangunan JAIS bagi kelulusan pelan bangunan surau. Seterusnya pihak jawatankuasa perlu mengemukakan kepada pihak MPKj bagi mendapatkan Kebenaran Merancang (KM).

Kelulusan Kebenaran Merancang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan MPKj manakala kelulusan bangunan pula akan di keluarkan oleh Jabatan Bangunan MPKj. Kesemua kelulusan ini perlu di buat oleh pihak Konsultan bagi mendapatkan kelulusan bangunan melalui pelan yang di cadangkan oleh pihak Konsultan.

Jika terdapat mana-mana pihak konsultan yang berminat boleh email kan maklumat anda ke:  suraualukhuwwah@gmail.com




Sunday, November 22, 2015



Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim 

Pengajaran Hadis : 
Sedekah atau derma adalah amalan soleh yang sukar dilakukan oleh seseorang. Amalan ini biasanya dilaksanakan berdasarkan kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang timbul dalam hati seseorang kerana menganggap ia sebagai aset kekal yang akan diberikan ganjaran oleh Allah s. w. t di akhirat kelak. 

Terdapat sebahagian daripada umat Islam yang enggan melakukan amalan mulia ini dalam kehidupan seharian. Nabi s. a. w menjelaskan punca masalah ini ialah perasaan takut menjadi fakir apabila banyak bersedekah, lalu manusia berusaha lebih kuat lagi untuk mengumpul dan menambahkan kekayaan yang sedia ada. 

Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya. Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar. 

Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup (waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan. Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan. Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut. 

Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik. Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut. 

Thursday, November 12, 2015

AGEN WAKAF PEMBANGUNAN SURAU AL-UKHUWAH



AKAUN BANK "PEMBANGUNAN SURAU AL-UKHUWAH"

Makluman kepada para penyumbang bagi melaksanakan ibadah wakaf  Pembangunan Surau al-Ukhuwah boleh terus membuat sumbangan anda ke akaun berikut:

Nama Bank          : RHB Islamic Bank
Cawangan             : Taman Suntex, Batu 9 Cheras, Selangor
Nama Akaun        : Pembangunan Surau Al-Ukhuwah
No. Akaun Bank  : 2620-9000-0109-50


Monday, November 2, 2015

SAHAM WAKAF SELANGOR

Saham Wakaf Selangor - Pembangunan Surau al-Ukhuwah

Para penderma/penyumbang juga boleh menyalurkan sumbangan melalui Saham Wakaf Selangor yang dikendalikan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Resit wakaf boleh digunakan untuk tujuan rebat cukai LHDN individu atau syarikat.
Pertanyaan Saham Wakaf Pembangunan Surau al-Ukhuwah hubungi :
+6012 – 916 0886     En. Mohd Nizam Bin Ismail
+6019 – 366 8712     Ustaz Mohd Jamal Abdul Nasir Bin Abdul Manaf
+6011 – 3229 2247   En. Azahari Bin Ayob
+6013 – 605 6615     En. Abdul Rahim Bin Mohd Arif
+6013 – 359 2441     En. Mohd Azrul Bin Mohammad Nor
  • Minimum RM10. Tiada kadar maksimum
  • Hubungi wakil-wakil di atas melalui telefon/ sms / whatsapp
Setiap penyertaan Saham Wakaf Selangor layak menerima pelepasan cukai pendapatan di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Kadar pelepasan yang dibenarkan oleh LHDN ialah 7% daripada pendapatan untuk individu dan 10% untuk syarikat.

Resit Rasmi Perbadanan Wakaf Selangor dikeluarkan bagi:-
Sumbangan Wakaf Surau Al-Ukhuwah

RISALAH WAKAF PEMBANGUNAN SURAU Al-UKHUWAH