Tuesday, October 27, 2015

Pendahuluan

1. PENDAHULUAN

Alhamdulillah…. segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT. 
Jawatankuasa Penaja Pembangunan Surau al-Ukhuwwah (JPPSU) telah di tubuhkan pada 15hb Ogos 2014 melalui satu mesyuarat bersama-sama ahli kariah. Setelah para penduduk Muslim Taman Cheras Intan (TCI) membuat persetujuan melalui petisyen yang telah di kemukakan oleh pihak JMB (Joint Management Body) bagi mengambil alih tapak gerai kosong untuk di bangunkan sebuah surau.

Pada peringkat awal permohonan ini telah di kemukakan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi menukar status tanah dari tapak gerai kepada tapak Surau. Setelah hampir setahun proses permohonan dilakukan dan seterusnya mendapat persetujuan sebulat suara dari para penduduk, maka MPKj tiada halangan bagi pembangunan surau.

Seterusnya, JPPSU mengemukakan permohonan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Hulu Langat bagi mendapat kelulusan pembangunan surau baru di Taman Cheras Intan. Kini, pihak JAIS melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberi kelulusan pembangunan surau al-Ukhuwwah untuk dilaksanakan pembinaannya. 

2. OBJEKTIF PEMBANGUNAN SURAU

  • Menyatupadukan hubungan silaturrahim penduduk Muslim Taman Cheras Intan yang merangkumi 14 buah blok pangsapuri 5 tingkat
  • Memantapkan fikrah Islami yang benar dan tepat melalui program fardu ain dan majlis ilmu.
  • Mobilisasi modal insan Muslim yang mantap dengan penganjuran program-program ukhwwah.
  • Menjana dana kewangan pembangunan surau melibatkan seluruh penduduk Muslim di Taman Cheras Intan.
  • Meningkatkan tahap sosial dan ekonomi melalui program keraian, tadika Islam dan sistem khairat kematian

No comments:

Post a Comment